Friday 18 May 2012

13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita

assalamualaikum..
maybe ad yang dah bace kat fb,,n maybe ad yg belom,,x ksah la dah penah bace or blom,,nie peringatan untuk semua org n diri sendiri,,lg pown x slah if bace byk kali,,lagi afdal,,

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sumber :
 — 

Friday 11 May 2012

penat..

assalamualaikum,,

hari nie penat gile,,dari pg smp ptg,,penat walaupun ad 2 aktiviti je,,
hari nie aq, k.ain n eika pergi SMK Seri Tanjong,,mst korg akan ckp,,ala g skolah je kot,,ape yg penat nye,,
meh sini aq cite kat korg ape yg penat nye,,,meh,, p/s: entry nie panjang skit ea,,hehe

malam semalam dah rancang nak pegi sekolah kul 9.00 pagi,,bukan bangun pukul 9.00 pagi k..tp gerak pukul 9.00 pagi,,tetapi..disebabkan masing2 tido lmbt,,x sedau diri nak g sekolah org,,tido lmbt jugak,,akhirnye we end up terjage pukul 8.20 pagi,,lebih kurang cam tu la,,,actually aq yang tersedar mase tu,,nak harapkan k.ain ngan eika,,mmg x la msg2 nak kejutkan aq,,ntah2 cancel rancangan nak g skolah..p/s: kitorg bgn subuh,,pas tu smbg tido balik,,so mmg terlajak tido la kan

bile dah terjage,,aq pown kejut la k.ain sebab nak mintak die talipon sekolah tanye pengetua ad ke x coz nak bagi surat pemberitahuan yg kitorg nak buat program kat sekolah die,,tapi,,nak kejutkan hamba Allah yg bername nurul ain nie pagi tadi gile susah,,aq kejut first time,,die bukak mate n duduk la,,aq msk bilik aq semula,,tapi bile aq pusing balik,,tgk die dah sambung tido balik,,sabo je la,,disebabkan k.ain nie cam mamai gile,,so aq ambik keputusan untuk call office seolah sendiri,,ti kalau k.ain yg call x ape ntah die merapu ngan office boy sekolah tu nanti,,haha..lps cll sekolah,,aq kejut k.ain sekali lg,,suroh bersiap,,tp hampeh,,die sambung tido,,aq siap iron baju pown die boleh elok je tido,,nasib baik dak eika dah bgn,,last skali aq cubit k.ain baru la die bgun,,sabo je aq ngan org tue nie,,,

sementara tunggu tuan puteri x jadi  besiap,,aq keluar pegi KBM dulu coz nak ambik proposal yg aq dah letak dekat meja mdm arnida jahya a.k.a mdm aj,,tp mlg nye bile aq ambik proposal,,mdm aj x sign lg proposal yg kitorg patut bwk pegi skolah,,aq cll nak dekat 10 kali,,msj lak ade la 2 3 msj,,haha,,aq ingat die join meeting kat level 16,,aq tggu kat level 16 dalam setengah jam-45 minit cam 2 kat level 16..alih2 ad lecturer ckp yg mdm aj x join..sek bek die msj suruh jmp kat level 11..mse 2 jam dah menujuk kan pukul 10.20 pagi,,mmg terbaik..

sebelum nie janji ngan kawan nak mintak tolong hantar kan,,kire carpool la,,kitorg bayar kat die,,tp disebabkan lmbt sgt,,plus kesian kat die tggu lame,,aq cancel je,,sorry ata comel,,hehe,,nak tggu bas,,bas pegi tanjong keling dah lepas,,so naik la teksi,,

bile kat sane,,semua jalan ngan smooth,,tp part yg x best nye,,most students kat sane tegur kitorg cam nie..
"assalamualaikum cikgu"
adoi,,byk kali lak tu,,sabo kan lg,,tp yg lagi x best cikgu sekolah tu boleh tanye soalan nie kat kitorg
" kerja kat sini ke??"
yg bermakne,,awk cikgu kat sekolah ni ke?? x penah nmpk pown,,

adoi..mmg x ley bla,,muke kitorg matured sgt ke cikgu,,kitorg still 21 tahun,,mude lg,,mase balik tunggu bas, kena berebut ngan dak sekolah pulak,,last2 kitorg kne naik bas second trip,,lame gak la tunggu,,mate masing2 time tu dah kuyu je..bas pulak nak bas pat hup..uncle tu psg lagu tamil,,mmg kitorg paham uncle diorg nyanyi ape,,haha..sampai kat rumah dalam pukul 1.30 tghr cam 2..

mst korg ckp,,laaaa,, x de la lame mane pergi,,sekejap je,,mmg la sekejap,,if korg naik kereta sendiri mmg la tak terasa penat,,tp if naik bas cam kitorg yg x de transport sendiri,,kne naik pengangkutan awam,,gile penat kot,,petang lak ad kelas law..mmg terbaik..


see,,,kat belakang ramai dak sekolah tunggu nak berebut bas ngan kitorg..

Thursday 10 May 2012

insyaAllah satu hari nanti..

assalamualaikum..

ape yg terlintas kat pikiran korang bile nmpk or terserempak dgn org yg pakai tudung labuh,,,ape perasaan ko nina??

setiap kali aq jumpe,terserempak or ternampak org pakai tudung labuh,,aq akan ada thought cam nie..

"alhamdulillah,,manis nye bertudung labuh..sejuk mata memandang" 

setiap kali nampak org pakai tudung labuh aq akan senyum je,,sejuk je mate memandang,,mostly org yg pakai tudung labuh mesti ada muke yang boleh buat org lain tenang,,kenape?? mungkin sebab Allah pelihara mereka..
cube bayangkan muke perempuan yang pakai tudung labuh semuanye muke garang cam singe,..
muke nak makan org,,ssh nak senyum,,bekerut je..
if muke diorg macam tu,,macam mane nak tarik lebih ramai perempuan Islam untuk pakai tudung labuh..
macam mane nak tarik perempuan Islam untuk lebih menjaga aurat masing2..
itulah indahnya Islam dan hebatnya Allah..setiap ape yang berlaku mesti ade hikmah,,mesti ade sebab..

setiap kali pandang orang pakai tudung labuh,,
betapa kagum nye aq..kagum sebab diorg bertudung labuh sedangkan zaman sekarang nie masalah sosial makin meningkat,,kagum sebab diorg dapat tahan panas dekat dunia,,tp aq bile lg??

setiap kali pandang orang pakai tudung labuh,,
betapa cemburunye aq,,cemburu sebab Allah bagi Hidayah kat diorg untuk pakai tudung labuh,,dapat hidayah untuk menutup aurat dengan cara yang lebih baik,,bile kite dah pakai tudung labuh,,semua benda kena jage,,pakaian dari hujung rambut sampai huung kaki kena jage,,betapa cemburunye aq sebab Allah pelihara diorang..

setiap kali pandang orang pakai tudung labuh,,
aq akan tersenyum,,raut wajah diorg sentiasa tenang,,,betapa nikmatnye dapat pakai tudung labuh,,rase macam lebih disayangi Allah..

setiap kali pandang org pakai tudung labuh,,
aq akan berdoa kepada Allah S.W.T
"ya Allah ya Tuhanku,,Kau berilah aku Taufiq dan HidayahMu agar aku berada di jalan Mu yg lurus..semoga aku tergolong dalam kalangan mereka yang bertudung labuh,,amin"

if korg pandang org pakai tudung labuh n ad thought yang x brape best cam nie..
"tolong la,,so out-of-date,,pakai tudung labuh segala bagai,,tak panas ke,,tgk cam aq,,cantik je freehair,,barula up-to-date..so kampung la diorg nie"
if korg ad thought cam nie,,bwk2 la mengucap,,ingat la sikit balasan kat akhirat nanti,,
pesanan nie bukan untk korg je,,tp untuk aq gak,,untuk nur amalina bt hussin,,

jadi bile lagi nak cube pakai tudung labuh nina???
bile lagi nak berubah???
memang Allah berhak memilih siapa hambaNya yg berhak memiliki Taufiq dan HidayahNya,,
tapi ingat nina,,Allah juga suke jika hambaNya berusaha untuk memiliki Taufiq dan HidayahNya,,
dan ingat juge nina,,once dah dapat hadiah paling bermakna dari Allah which are His Taufiq and Hidayah,,
jangan lupe berdoa supaya Dia tak tarik balik Taufiq dan Hidayah tu dari kau..
bile Allah dah tarik balik nikmat tue,,susah kite nak dapat balik nikmat tu,,ingat nina..
insyaAllah satu hari nanti kau akan pakai tudung labuh nina,,insyaAllah..

"ya Allah ya Tuhanku,,Kau perkenankanlah doaku ini,,Kau berilah Taufiq dan HidayahMu kepadaku agar aku sentiasa di jalanMu yang lurus..amin ya robbalalamin."

yang lain tolong doakan saya sekali ea,,,^_^

saya tau saya tak cantik cam model nie,,tp doakan saya cantik disisi Allah,,amin,,

Wednesday 2 May 2012

currency exchange $$$

assalamualaikum,,

this is one of  my activity when i feel bored and dont know what 2 do...
i LOVEEEEEEEE to google around currency exchange,,
hobby nie start mse aq kat matrix,,aq dlu kan dak akaun,,so kne la ambik economy,,
bile dah blaja economy,,kne la tau pasal currency exchange or dlm bhs melayu nye tukar mata wang asing,,
dlu lecturer bg assgmnt suruh tgk current nye tukar mata wang malaysia (ringgit malaysia) ngan country lain,,
setiap sorg kne ad satu copy,,dalam kuliah 2 ad kire2 100 org la kot( aq dah lupe r)..
dan disebabkan aq nie sorg yg sgt pemalas untuk mencari list currency exchange bg semua negara (ok,,x semua negara pown sebenarnye)..aq just photostate je dr dak kuliah aq,,haha,,ini budak manyak malas la,,
pas 2 pown lecturer kitorg ajar la cam ne nak bace harga jual and beli mata wang asing,,
tapi sekarang segala ilmu tu aq dah lupe,,dah berkarat sgt dah otak nie,,
so ape yg aq wat sekarang just google je currency exchange dan akan keluar la berbagai jenis pilihan yg korg leh pilih,,tp semua same je kot..janji leh convert mata wang,,ok la,,
ape yg best nye pasal currency exchange nie,,
setiap saat nilai mata wang tu akan berubah,,betul,,SETIAP SAAT AKAN BERUBAH,,
x caye? try la sendiri..
mule2 msuk amount,,bile dah tau exchange die brape,,leave the page 4 a while,,then masuk balik..
aq selalu exchange ringgit malaysia dengan pound sterling or us dollar,,dan  baru2 nie aq try ngan won korea..
tapi kenape nak tau pasal currency exchange?? ape faedah die??
faedah die..korg ley tambah common knowledge,,,
kate suke tgk cite dari overseas,,harry porter,,beatlleship,,running man,,segala bagai..
tapi bile org tanye psl currency exchange sume pakat nganga,,(actually aq pown 2x5 je,,hehe)..
sekarang kan dah maju,,so google je la,,,and if x de internet,,g check kat paper,,selalunye paper utusan ad,,kat bahagian business,,so ape korg tunggu lagi,,google la cepat,,
so..have fun ^_^

current page yang aq skodeng..
if nak tau currency exchange negara bukan malaysia dengan negara bukan malaysia pown boleh,,
(agak2 paham x ape yg aq cube sampaikan??)

  

Tuesday 1 May 2012

the choice is in your hand

Assalamualaikum,,

sekarang nie dak2 pas spm sume ngah busy nak wat pilihan,,nak pilih masuk matrix or uni or form six..
or ad yang ngah pilih nak msuk private or gov..
ok,,mesti korg tengah serabut gile,,nak ikut pilihan hati or pilihan family..
if ikut pilihan sendiri,,tkot jadi ank derhaka,,if ikut pilihan keluarga,tkot x ley bwk..
adik aq pown ngah pening nak msuk maktab @ matrix @ uni..
ibu n ayh suruh msuk maktab,,tp die nak msuk uni @ matrix..depend on course yg die dpt,,
aq pown x ley nak tolong ape2 coz aq dlu mmg dalam hati x nak g mane2 kecuali masuk matrix,,
aq ad apply maktab,,konon nak jadi cikgu math la kan,,tp mengenangkan add math aq c je,,( aq rse c5) so x lepas la kan,,ibu suruh apply tesl coz result bi aq cam agak best,,tp aq x nak,,
aq rse x trill ajar bi,,tp skang bi aq pown still besepah,,spelling pown x betul,,selalu mintak roommate tlg spell kan..2 la belagak lagi,,padan muke ko!,,haha
untuk uni lak aq dpt wat diploma kat Uitm jengka,,course accounting,,tp x g gak,,coz ibu ayh dah basuh otak aq kaw2 punye suruh g matrix coz matrix jimat mase,,setahun je,,
kalau wat diploma 3 @ 4 tahun,,aq pown x sure..
aq bukan expert nk bg nasihat,,juz based on my experience yg cetek je la,,

if u choose to enter matriculation:
JIMAT MASE: 
matrix setahun or maybe ad yg dpt 2 tahun,, dak yg dapat diploma at least kne abis kan 
 3 tahun to get the diploma..  
COMPRESS:
disebabkan matrix hanya setahun,,korg kne blaja bnde yg same cam dak dip n form six dlm mse yg singkat,,
so kne prepare mental n fizikal siap2..say no 2 study last minute if x mmg serabut la otak korg nak study
MAIN2:
if korg ingat msuk matrix leh main2,,lupekan je la msuk matrix,,unless korg mmg dak pandai,,hehe
UNTUK BUDAK PANDAI JE?:
tlong tukar mind set,,matrix mmg susah skit,,tp bukan untuk dak pandai je,,cam aq ckp td,,if korg mmg otak genius tahap gaban,,korg ley main2,,tp if korg rase korg biase2 je,,kurangkan la main n banyak kan usaha,,insyaallah lulus dengan berjaya..amin.
(main2 yg aq mksd kan bukan korg x ley bersukan lgsung,,tp "main2" paham? x phm sudah)
ALLOWANCE:
nie la bnde plg best bile msuk matrix,,dpt allowance,,tp aq x tau la skang nie dpt lg ke x,,2 korg check sendiri la..if dpt allowance 2 jgn joli je keje nye,,save skit,,
HABIS DEGREE:
pas habis matrix haruslah amek degree kan,,disebabkan matrix hanye setahun,,korg akan habis degree dalam usia yg muda,,cam aq,,cewah,,aq abis degree mase umo aq 22 tahun,,its gonna be next year,,wohooo
(depend gak course korg amek 2 kne bape tahun,,aq kne 3 tahun je)


if u choose to enter university:
TAK SERABUT:
maksud x serabut kat sinie ialah,,mase study yang panjang..korg x yah nak serabut cam dak matrix yg kne pecah kepala study dalam mase setahun..korg juz relax je,,tp still kne study la kan,,
DIPLOMA:
if dah habis belajar,,korg akan dapat segulung diploma yg dak matrix x ade..bile keje korg ley apply gune diploma 2,,tp dak matrix,,ko ade?!,,haha,,dak matrix juz ad sijil,,x laku pown if korg mntk keje,,
SAMBUNG DEGREE:
if ad niat nak smbg degree,korg x payah nak start dari sem 1,,selalu nye dak UiTM yg nak smbg degree kat UiTM balik diorg akan trus jump kat semesta 3..x cam dak lepasan matrix n form six,,kne msuk dari sem 1..
dah jimat mase. tp korg still akan habis degree x seawal @ secepat dak matrix habis degree la..
dalam umo 25 tahun baru abes degree,,tp depends on brape tahun korg blaja la
PENGALAMAN:
dak diploma selalunye akan matang skit dari dak matrix bile smbg degree (tp x semua dak diploma matang n x semua dak matrix x matang ok!)..coz mase diploma korg akan involve ngan mcm aktiviti n korg dah ad pengalaman mcm mane nak handle sesuatu event,,( tp tgk gak korg aktif or x mse kat uni dlu,,hoho)
SHORT CUT:
if mase degree korg hebat,,setiap sem dapat 3.50 n above,,korg akan dapat buat fasttrack (aq x tau cam ne ejaan yg betul,,nie pown tanye org lain)..which mean korg x payah habes kan diploma,,trus dpt sambung degree,,kan jimat mase,,(UiTM wat cam nie,,uni lain aq x tau)

aq x tau nak tulis ape lg psl amek diploma coz aq dlu msuk matrix,,so x tau sgt,
tp ape yg pntg aq nak ckp,,ape pown pilihan yg korg buat,,either masuk matrix or amek diploma,,
due2 kne study betul2 coz ti bile nak sambung degree n result cam x best,,
setakat 3.00 pointer..mmg susah la nak dapat course yg betul2 korg nak nanti...cam aq la,,dulu mse matrix ambek account,,tp bile apply degree x lepas account coz result x  above 3.50..
.x pe la,,aq pown x hebat sgt account,,

aq dah bagi tau ape yg korg kne tau psl matrix or uni,,maybe ad bnde yg aq lepas pndg,,korg mntk la pendapat org lain coz nie juz pendapat aq je,,maybe ad yg betul n maybe ad yg salah,,
the choice is in your hand..take it or leave it..
if still x tau nak pilih yang mane..tanye la Allah,,buat solat istikharah,,
mintak petunjuk dari Dia,,insyaallah dipermudahkan,,
so good luck  guys ^_^