Thursday 13 September 2012

lepak-ing with 3 cousins

Assalamualaikum w.b.t

how r u? ni hao ma? wo hen hao, ni ne? wo hope ni ye hen hao...hoho,,agak2 paham tak mandarin campur ongputih aq? kalau tak paham korg cari la makne sendiri k,,bukan susah pown,,tengok ayat pown aq dah tau yang korang dah paham, korang kan bijak lagi bistari,,mesti dapat agak maksud die,,kan kan.

cam entry aq yang lepas, aq ad cakap yang cucu nenek aq ad 40 orang kan, tapi hari selasa hari tu, bersamaan dengan 11 september 2012, dengan rasminye cucu nenek telah bertambah kepada 41 orang,,beri tepukan kepada family Wak Gayah kerana semakin membesar,, dan pakcik dan makcik aq yang dapat baby baru tu lak stay kat Melaka, so aq la sedare yang paling dekat sekali ngan diorng. makcik aq kne masuk hospital hari ahad tapi baby keluar hari selasa. kesian kat makcik kene tahan sakit. nasib baik both mom and baby selamat dan sihat ^_^.

disebabkan makcik aq masuk hospital and pakcik aq kne teman die (ye la,,kalau korang nak besalin pown mesti lah nak husband always besides u kan,kan) so anak-anak diorg yang comel seramai 3 orang tu tak ade orang yang nak jage. macam yang aq cakap tadi, aq nie ank sedare yang paling dekat ngan diorang, so diorang minta tolong aq menjage adik-adik sedare aq tu. sebagai kakak yang penyayang (eceh, eceh,puji diri sendiri), aq pown jage la adik sedare aq. jage diorg tak susah mane pown sebab diorang dah pandai jage diri masing-masing and kitorg pown rapat. so layan kan jela apa yang diorg ngarut ngan aq..hoho

so let me introduce to u guys with my cousins...




this is aliff iman and he is 7 years old. anak sulong dari 3 beradik nie. sangat helpful. below were things that happen when i was at home with iman.
  1. aq ckp "abang tolong bangun kejap, k.nina nak sapu rumah la". die trus bangun dan gulung tikar kat sebelah die so that aq senang nak sapu rumah walaupun aq tak suroh pown die buat cam tu. pas tu die cakap " mama cakap bile baby dah ada kat rumah, rumah tak boleh sepah-sepah, kene bersih". terus aq senyum.
  2. aq goreng ayam ada 3 ketul, 2 paha and lagi satu bukan paha dan aq tak tahu bahagian yang mana satu. iman and aina ambik sorang satu. so tinggal la satu lagi yang bukan paha. tapi, adik die amin, suka paha, aq cakap, 'abang bagi adik ea, abang ambik yang lagi satu tu, lain kali akak masak lain, abang iman ambik paha". pas tu trus die tukar ayam die ngan adik. kan best kalau abang aq cam tu.hoho
  3. aq kecik-kecik dulu kalau mak aq tak suruh solat, mesti aq buat bodo je,tapi tu dulu la, mase kecik-kecik. tapi iman, walaupown parents die tak de and aq tak tau yang die dah start solat, die tetap solat walaupown die buat solat express( ye la die kan kecik lagi, what do you expect.). bagus nye la. 



yang nie pulak ainaa hasya. 6 years old. sangat kepoci. aq panggil die mak jemah. ainaa selalu buat aq gelak. dah name kepoci,banyak je idea die. sabo je la.

  1. aq tengah gaul ayam untuk digoreng and die pown join la aq kat dapur. sambil aq tengah nak sebatikan ayam dengan bahan-bahan die. dengan muka bagus die cakap " k.nina niee. dari tadi asyik gaul je ayam tu. goreng nye tak jugak". aq pandang die sambil cakap."amboi, sebuk je makcik nie. banyak cakap,ainaa goreng la sendiri". die balas " kite kan kecik lagi, mane boleh goreng ayam atas dapur, bahaya. apa la k.nina nie, tu pown tak tau ke?"..aq mase rase cam nak gigit-gigt je dak kecik nie.haha
  2. malam nye die mintak aq buatkan milo ais untuk die. aq pown buat la. tapi aq pown tak tau ape yang jadi kat aq malam tu sampai aq tak dapat pikir dengan baik cam ne nak buat milo ais. aq just pikir mase tu. milo ais. kene letak air sejuk. air sejuk. yes air sejuk. bile aq buat...alamak berketul la pulak milo die.aq sepatutnye letak air panas dulu. dah terhantuk baru terngadah. aq buat bodo je ngan air tu and terus bagi kat ainaa. bile sampai kat die. " alaa, kenapa air milo nie cam nie. tak sedap. kite tak nak.apa la k.nina nie. dah besar pown tak tau buat air milo." disebabkan aq dah tau aq dah salah. aq gelak je la. pas tu die boleh la cakap macam nie. "meh la kite ajar k.nina buat milo ais. mula-mula letak susu 2 sudu, pas tu milo satu sudu. letak air panas sikit. kacau die. camnie tau k.nina (sambil tunjuk cawan die,aq just senyum and angguk kepala), pas dah pekat, baru la letak air sejuk. cam nie la baru sedap". aq pown ye kan je la. esok nye die mintak aq buat air milo untuk die and siap pesan lagi. "jangan buat macam semalam tau". sabo je la.
  3. aq dah siap lipat kain. aq cakap kat ainaa. "ok, akak dah siap lipat baju, ainaa pergi simpan baju dekat almari. cepat". sambil baring kemalasan dan memandang muka aq, dengan selamba badak nye die cakap. "kan akak yang lipat baju kitorg, akak la yang simpan baju kitorang. sape suruh akak lipat". "amboi-amboi,sedap nye cakap(sambil cubit pipi die),tak de, tak de, g anta baju cepat!". die pown bangun dengan malasnye untuk simpan baju. haha. aq menang.




yang last nie amin izzudin. he is just 4 years old. umo macam nie biasa la lasak sikit. dulu tak banyak cakap. tapi sekarang nie. ya Allah. boleh buat pertandingan bercakap dengan kakak die.

  1. aq cakap."amin, nak susu tak.k.nina buat ea". die malu nak minum susu depan aq and malu nak suruh aq buatkan. dengan cool nye die cakap "tak nak". tapi bile aq cakap "amin nak milo ke susu?". laju je die jawab "susu". pas tu aq dah gelak sorang-sorang. haha. amin buat lawak cool habis.
aq teman diorang 2 malam. jage diorang tak susah mane sebab aq sampai rumah diorg pown petang lepas habis kelas. pas tu esok nye pakcik aq anta aq balik semula so that aq boleh pergi kelas cam biase. sampai rumah diorang, kemas-kemas mane yang boleh, sediakan makan malam lepak-lepak jap. pas tu pukul sepuluh aq bentang toto kat ruang tamu. tutup lampu. bukak youtube. tengok upin ipin. selesai. 2 malam berturut-turut aq layan upin ipin. layan kan je la. dah budak-budak.tak akan aq nak ajak tengok cite korea. bukan paham pown masing masing.hahaha.

 first day aq lepak rumah diorang. yang lelaki pakai baju melayu, yang perempuan pakai baju kurung. dah macam raye pulak aq tengok. sedondon pulak tu. macam-macam.



2 beradik kusyuk tengok upin ipin.



 best nye duduk rumah dengan k.nina.hehe. puji diri sendiri. peace (^_^) 


p/s: aq tak pegi tengok baby lagi. so tak ada gambar baby. and baby baru tu baby girl. tq for reading my entry yang oanjang berjeda nie.sekian

No comments:

Post a Comment